(Pandangan dari udara keadaan banjir di Maryborough pada 28 Februari 2022/AFP)
GRAFTON, 1 Mac- Kawasan pantai timur Australia dilanda banjir terburuk menyebabkan banyak penduduk terperangkap di atas bumbung bangunan dan jambatan; memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada puluhan ribu penduduk.
Setakat ini lapan orang dilaporkan terbunuh dan lebih seribu penduduk diselamatkan. Pihak berkuasa memberi amaran jumlah kematian dijangka terus meningkat.
Di bandar Lismore pula, sembilan orang dilaporkan hilang.
“Kami melihat banyak penduduk terkandas di atas bumbung selama beberapa jam dan beberapa kanak-kanak diselamatkan, juga ada yang terkandas di atas jambatan,” kata Perdana Menteri, New South Wales, Dominic Perrottet.
(Seorang penduduk meredah banjir di bandar Paddington, Brisbane pada 28 Februari 2022)
Amaran banjir diaktifkan di puluhan kawasan sungai di negeri Queensland dan New South Wales yang menyaksikan jumlah penurunan hujan tinggi selama beberapa hari sehingga merekodkan jumlah hujan kira-kira 3.2 kaki di beberapa kawasan dalam seminggu.
Beberapa laluan air (terusan) dilaporkan melimpah dan sesetengah tebing pecah membanjiri kawasan bandar memaksa penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi. -AFP