fb fb fb fb fb

Banjir kilat landa kawasan kejiranan di utara New York

NEW YORK,10 Julai - Highland Falls, Orange County, di sini dilanda banjir kilat akibat daripada hujan lebat.

Rakaman daripada penduduk kawasan itu, Melissa Roberts menunjukkan aliran air deras menghampiri kawasan rumah dan kenderaan separuh tenggelam.

Menerusi rakaman itu kedengaran suara Roberts menyatakan air itu sudah mencecah ke lututnya.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran bagi daerah Orange, Putnam dan Rockland.

Perkhidmatan Kecemasan bertanggungjawab memastikan keselamatan penduduk terjamin. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu