fb fb fb fb fb

Banjir di Itali, angka korban meningkat kepada 13 orang

FOTO REUTERS

CESENA, 19 Mei- Angka korban banjir yang melanda wilayah Emilia-Romagna di utara Itali meningkat kepada 13 orang.

Sementara ribuan lagi yang terjejas, berjaya diselamatkan.

Kediaman dan ladang pertanian mereka turut musnah.

Penduduk menyifatkan banjir terbaharu itu yang terburuk pernah berlaku sejak 1979.

Bencana berlaku susulan hujan berterusan selama tiga hari.

Beberapa kawasan dilapor terima taburan hujan setengah tahun dalam tempoh 36 jam.

Susulan kejadian itu, Grand Prix Formula 1 di Imola yang dijadual berlangsung hujung minggu ini terpaksa dibatalkan.

Ini berikutan beberapa laluan F1 merupakan antara kawasan terjejas banjir itu.


(FOTO REUTERS)

Dalam perkembangan sama, Menteri Keselamatan Alam Sekitar dan Tenaga, Gilberto Pichetto berkata Kerajaan Itali akan mengisytiharkan darurat bencana di Emilia Romagna pada mesyuarat Kabinet, Selasa depan.

Kerajaan juga akan melaksanakan langkah kecemasan termasuk pembekuan gadai janji dan kutipan cukai.

Beribu-ribu orang terpaksa dipindahkan apabila banjir berlaku di banyak kawasan perumahan dan sekurang-kurangnya 4,000 orang terjejas.

50,000 penduduk dilaporkan terputus bekalan elektrik.- REUTERS

Media Baharu