fb fb fb fb fb

Britain, Jepun meterai 'Perjanjian Hiroshima'

HIROSHIMA, 18 Mei- Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida untuk menandatangani 'Perjanjian Hiroshima' menjelang mesyuarat G7.

Ia merupakan inisiatif untuk meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

"Anda (Kishida) dan saya kini telah menandatangani Perjanjian Hiroshima untuk mengukuhkan dan memperdalam lagi perkongsian," kata Sunak kepada Kishida sebelum mereka berjalan ke acara makan malam di restoran Jepun tempatan di sini.

(Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berjabat tangan denganĀ 
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida / Foto REUTERS)

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, kedua-dua negara akan mengumumkan pelancaran 'perkongsian semikonduktor' untuk mengukuhkan rantaian bekalan cip dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Sunak tiba di Tokyo pada pagi Khamis untuk melawat pangkalan tentera laut Jepun dan menghadiri sidang kemuncak perniagaan sebelum menuju ke Hiroshima.-REUTERS

Media Baharu