fb fb fb fb fb

Wilayah Yunnan, sedia terima pelancong asing

FOTO AFP

YUNNAN, 19 Mei- Wilayah Yunnan, China sedia menerima kedatangan pelancong asing pasca pandemik, terutama negara berhampiran selepas sempadan antarabangsa China kembali dibuka Mac lalu.

Yunnan beriklim pelbagai berkongsi sempadan dengan beberapa negara termasuk Myanmar, Vietnam dan Laos sepanjang 4,0 60 kilometer.
 
Ia juga, salah satu laluan darat antarabangsa tertua, iaitu laluan sutera, menghubungkan ke negara selatan dan barat Asia.

Terkenal dengan keunikan dan keistimewaan tersendiri, kaya dengan sumber alam, selain mempunyai kepelbagaian muka bumi bergunung-ganang dan pemandangan tasik yang mengasyikkan.
 
Selain 12 lokasi lawatan nasional utama, Yunnan turut mempunyai lima tapak warisan dunia.
 
Kepelbagaian budaya etnik yang unik serta seni seperti nyanyian dan tarian, kraftangan, pakaian, perayaan dan gaya hidup turut menjadikan wilayah Yunnan antara tempat tumpuan pilihan pelancong ke China.
 
Tahun lalu, Yunnan mencatat keseluruhan GDP sebanyak 2.895 trilion yuan.
 
Pada cuti hari pekerja tahun ini sahaja, Yunnan mencatat 35 juta kedatangan pelancong dengan keseluruhan pendapatan dari pelancongan sebanyak 34.96 bilion yuan.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu