ACHIRAS, 18 November - Sekurang-kurangnya enam dilaporkan hilang, beberapa lagi cedera, manakala rumah-rumah turut ditenggelami susulan hujan lebat dan limpahan sungai.
Menurut pihak berkuasa dan laporan media tempatan, keadaan itu mengakibatkan banjir serius di wilayah Samaipata, jabatan Santa Cruz, Bolivia pada Isnin (17 November), dengan komuniti Achira dan Cuevas antara yang paling terjejas.
Video yang tular di media sosial menunjukkan longgokan sisa dan serpihan memenuhi jalan raya, selain penduduk membersihkan lumpur yang memasuki kediaman masing-masing.
Jalan yang menghubungkan Santa Cruz ke Cochabamba juga tertutup akibat lumpur dan sisa runtuhan.
Datuk Bandar Samaipata, Eustaquio Casillas, menerusi X merayu tindakan segera daripada pihak berkuasa nasional dan serantau bagi membantu usaha mencari, menyelamat dan memberikan bantuan kecemasan.- REUTERS