fb fb fb fb fb

Banjir buruk : Sepanyol berkabung tiga hari

FOTO AFP

MADRID, 31 Oktober- Sepanyol memulakan tempoh berkabung selama tiga hari pada Khamis untuk memperingati mangsa yang terkorban dalam bencana banjir terburuk negara itu sejak beberapa dekad, dengan angka korban telah mencecah 95 orang.

Pasukan penyelamat yang dilengkapi dron kini berlumba dengan masa untuk mencari mangsa yang masih hidup.

Susulan ribut Mediterranean yang melanda, hujan lebat mengakibatkan banjir lumpur yang menghanyutkan orang ramai, kereta, dan rumah.

Bendera dikibarkan separuh tiang di bangunan kerajaan di seluruh negara, sementara lebih 1,200 anggota tentera terlibat dalam operasi mencari mangsa dan membersihkan jalan yang ditimbuni sisa runtuhan di bandar serta kampung yang ditenggelami lumpur.

Menteri kerajaan memberi amaran bahawa jumlah korban mungkin meningkat kerana masih ramai yang hilang dan sesetengah kawasan masih tidak boleh diakses oleh pasukan penyelamat sejak Rabu. Raja Felipe VI turut mengingatkan bahawa situasi kecemasan ini "belum berakhir".

Perkhidmatan cuaca negara, AEMET, telah meletakkan beberapa bahagian di Valencia dalam tahap amaran tertinggi untuk hujan lebat pada Khamis.

Di Sedavi, pinggir Valencia, Francisco Puente, seorang pesara berusia 69 tahun, menahan kesedihan melihat kereta yang terbalik dan jalan-jalan yang musnah. "Jika anda melihatnya, anda tertanya-tanya, 'Apakah saya melihat ini? Apa ini?'” katanya kepada AFP.

Banjir kali ini membabitkan angka korban terburuk di Sepanyol sejak tahun 1973, apabila sekurang-kurangnya 150 orang terkorban di wilayah tenggara Granada, Murcia, dan Almeria.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE