fb fb fb fb fb

Banjir Bangladesh: 3.5 juta penduduk terjejas perlu air bersih -UNICEF

(Seorang lelaki meredah banjir di Companyganj Upazila, daerah Sylhet, di Bangladesh/AFP)


LONDON, 25 Jun- Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak mati lemas dalam banjir yang melanda Bangladesh manakala 3.5 juta orang lagi memerlukan air minuman bersih dengan segera
berikutan risiko penyakit bawaan air semakin meningkat.

Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di negara itu, Sheldon Yett, hari ini berkata bilangan kanak-kanak yang mengejutkan dan terus mencatatkan peningkatan sejak beberapa hari lalu.((

"Kawasan yang besar ditenggelami air sepenuhnya dan terputus daripada bekalan air minuman dan makanan yang selamat. Kanak-kanak memerlukan bantuan sekarang," katanya.

Kerajaan dan agensi bantuan bergegas memberikan bantuan termasuk air dan bekalan lain selepas banjir kilat yang merentasi suku negara Asia Selatan itu.

Yett turut memaklumkan dalam taklimat di Geneva bahawa musibah banjir itu juga mengganggu kemudahan kesihatan, menutup sekolah dan mengganggu rawatan kekurangan zat makanan membabitkan ratusan kanak-kanak.

(Seorang wanita bersama dua anaknya meredah banjir di daerah Sylhet, Bangladesh bagi mendapatkan
bantuan makanan percuma yang diagihkan pasukan tentera negara itu/REUTERS)


Tambahnya, kes cirit-birit meningkat kepada 2,700 kes setakat pertengahan minggu ini.

Pihak berkuasa di Bangladesh dan negara jirannya, India turut memberi amaran mengenai risiko wabak penyakit berjangkit.

Secara keseluruhan, lebih 4.5 juta orang terkandas dan puluhan lagi terbunuh di Bangladesh, kebanyakannya dalam banjir terburuk dalam lebih 100 tahun di wilayah Sylhet di timur laut Bangladesh.

Di negeri Assam, dekat timur India, helikopter tentera udara India dikerahkan untuk menurunkan makanan dan bekalan lain kepada komuniti yang terkandas. -AFP


Media Baharu