fb fb fb fb fb

Bangunan sekolah runtuh, 21 orang terbunuh

Foto AFP

NIGERIA, 13 Julai- Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh kebanyakannya pelajar selepas sebuah bangunan sekolah di Nigeria, runtuh, semalam.

Jurucakap Palang Merah, Nuruddeen Hussain Magaji berkata kejadian tersebut berlaku ketika pelajar berkenaan sedang menduduki peperiksaan.

Kebanyakan mangsa masih hidup dan terperangkap di bawah bangunan tersebut.

"Seramai 21 orang maut manakala 69 lagi mengalami kecederaan. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke pelbagai hospital untuk menerima rawatan," katanya kepada AFP di sini.

Terdahulu, AFP melihat 16 mayat yang lengkap berpakaian sekolah di dua bilik mayat di Jos.

Bencana sedemikian adalah perkara biasa di negara itu.

Ia disebabkan penguatkuasaan piawaian pembinaan yang lemah, kecuaian dan bahan berkualiti rendah.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh apabila sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh di Lagos pada 2021.

Pada 2022, sepuluh orang terbunuh apabila bangunan tiga tingkat runtuh di kawasan Ebute-Metta Lagos. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM