fb fb fb fb fb

Palestin di ambang kehilangan generasi kanak-kanak - UNRWA

Foto WAFA

RAMALLAH, 13 Julai- Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa Palestin di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak akibat serangan berterusan Israel.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma berkata lebih 600,000 kanak-kanak di Palestin tidak bersekolah sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober lalu.

Beliau merujuk kepada penutupan sebilangan besar sekolah dan sekolah-sekolah UNRWA menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal.

"Ini bermakna jika perang ini berterusan, kita akan menghadapi risiko kehilangan seluruh generasi kanak-kanak.

"Gencatan senjata perlu dibuat demi kanak-kanak di Palestin," katanya menerusi platform X.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM