fb fb fb fb fb

Runtuhan perancah besi, tiga orang maut

Foto REUTERS

PRILLY, 13 Julai- Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah dalam kejadian runtuhan perancah besi di sebuah bangunan 19 tingkat di Lausanne, Switzerland, semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ketiga-tiga mangsa yang maut adalah pekerja di tapak bangunan tersebut.

Mereka yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an; berasal dari Perancis, Switzerland dan Cape Verde.

Lapan lagi mangsa mengalami kecederaan akibat insiden terbabit dengan empat daripadanya mengalami kecederaan parah. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM