fb fb fb fb fb

Bangunan pencakar langit di Hong Kong terbakar

HONG KONG, 3 Mac- Sebuah bangunan pencakar langit yang sedang dalam pembinaan di sini terbakar.

Jabatan Bomba Hong Kong berkata kebakaran tersebut turut menyebabkan ia merebak ke bangunan berhampiran.

"Kebakaran berlaku di tingkat atas bangunan tersebut.

"Api yang menyambar bangunan berhampiran berjaya dipadamkan. Penduduk terjejas dinasihatkan menutup pintu dan tingkap.

"Lebih 100 orang yang tinggal di kawasan berkenaan telah dipindahkan," katanya menerusi kenyataan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu