fb fb fb fb fb

Peguam bersalah bunuh isteri dan anak di kandang anjing

(Alex Murdaugh / REUTERS)

WASHINGTON, 3 Mac- Peguam terkemuka South Carolina Alex Murdaugh didapati bersalah membunuh isteri dan anak lelakinya pada 2021 dalam perbicaraan yang telah menarik perhatian global.

Juri berbincang kurang tiga jam sebelum mendapati Alex Murdaugh, 54, bersalah atas dua pertuduhan membunuh pada akhir perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu.

Dia berdepan hukuman penjara 30 tahun hingga seumur hidup tanpa parol bagi setiap pertuduhan pembunuhan.

Dia mengaku tidak bersalah membunuh isterinya, Maggie, dan anak bongsunya, Paul, dalam percubaan untuk menyembunyikan jenayah kewangan selama bertahun-tahun, yang dia sendiri telah akui di mahkamah, dengan menegaskan dia tidak akanĀ  membahayakan keluarganya.

Pada 7 Jun 2021, Paul dan ibunya dibunuh di kandang anjing di kawasan perburuan keluarga itu, dikenali sebagai Moselle.

Selama 20 bulan selepas pembunuhan mereka, Alex Murdaugh memberitahu penguatkuasa undang-undang berulang kali yang dia tidak berada di kandang anjing pada petang itu, dan sedang tidur di rumah.

Tetapi dalam video Snapchat yang dirakam oleh Paul hanya beberapa minit sebelum tembakan berlaku, suara defendan boleh didengari.

Murdaugh mengakui dia telah berbohong, mengatakan ketagihannya selama bertahun-tahun terhadap ubat penahan sakit telah meletakkannya dalam keadaan paranoid. -REUTERS


(Alex Murdaugh / REUTERS)

Media Baharu