fb fb fb fb fb

Bangunan Parlimen Kepulauan Marshall musnah dalam kebakaran

Kebakaran dilaporkan berlaku awal pagi Selasa.

MAJURO, 26 Ogos - Bangunan Parlimen Kepulauan Marshall, dikenali sebagai Nitijela, musnah dalam kebakaran besar yang berlaku awal pagi Selasa.

Menurut Jabatan Bomba Kepulauan Marshall, kira-kira separuh daripada struktur utama terbakar sebelum api dapat dipadamkan sepenuhnya. Seorang pegawai polis pula mengesahkan keseluruhan bangunan tidak lagi boleh digunakan.

Rakaman video menunjukkan api marak memusnahkan sebahagian besar bangunan, diikuti usaha anggota bomba memadam kebakaran serta keadaan dalaman parlimen yang rentung.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. - REUTERS

TUN JULIA MOHD TAHIR