fb fb fb fb fb

Bangunan parlimen Afrika Selatan terbakar

FOTO : REUTERS

CAPE TOWN, 3 Januari - Satu kebakaran besar berlaku di bangunan parlimen Afrika Selatan di Cape Town, pada awal Ahad.

Asap tebal dilihat naik ke udara dan mengancam bangunan Perhimpunan Kebangsaan.

Kebakaran dipercayai bermula dari salah satu bangunan lama dalam kawasan parlimen menyebabkan pasukan keselamatan berhampiran gereja yang mengebumikan ikon antiapartheid Desmond Tutu beberapa jam sebelum itu, menutup kawasan berkenaan.

Perkhidmatan Kecemasan menyatakan, laporan awal menunjukkan insiden bermula di ruangan pejabat dan merebak ke arah gimnasium.

Kebakaran menyebabkan berlaku rekahan pada dinding bangunan.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, Presiden Cyril Ramaphose memaklumkan, seorang individu telah ditahan di lokasi insiden.

"Kompleks Parlimen Cape Town terdiri daripada beberapa bangunan lama yang dibina pada abad ke-19 dan bangunan baharu yang dbina dari tahun 1920-an dan 1980-an.

Pada April, kebakaran besar berlaku berhampiran Cape Town, yang melanda kampus dan perpustakaan Universiti Cape Town" menurut Cyril.

Kebakaran berjaya dikawal hanya pada hari keempat.

 

Media Baharu