fb fb fb fb fb

Bangladesh rasmi loji kuasa nuklear yang dibina Rusia

BANGLADESH, 8 Oktober - Rusia dan Bangladesh merasmikan loji tenaga nuklear yang dibina Rusia, di Rooppur pada 5 Oktober lepas.

Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina turut serta dala majlis itu melalui panggilan video dan digambarkan sebagai "majlis penyerahan bahan api nuklear", kata Kedutaan Rusia di Bangladesh menerusi catatan Facebooknya.

Menerusi catatan di platform media sosial X, Liga Awami Bangladesh berkata kumpulan pertama uranium diterima pada Khamis untuk operasi loji itu.

“Bangladesh terutamanya sekutu dan rakan kongsi kami, hubungan kami dibina atas dasar saling menghormati, kesaksamaan dan faedah," kata Putin menerusi panggilan video.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Rusia dan semua orang yang berkaitan dengan projek ini. Terutamanya saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persekutuan Rusia Encik Vladimir Putin. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau.”kata Hasina menerusi panggilan video.

Bangladesh sedang membina dua daripada tenaga nuklear menerusi kerjasama syarikat atom milik negara Rusia Rosatom dalam projek bernilai $12.65 bilion.

90% daripadanya dibiayai melalui pinjaman Rusia yang perlu dibayar balik dalam tempoh 28 tahun dengan tempoh tangguh 10 tahun.

(FOTO REUTERS)

Pembinaan kilang itu sebelum ini ditangguhkan disebabkan COVID-19 dan sekatan berkaitan perang.

Pada Disember tahun lalu, kerana sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Moscow, Bangladesh menafikan kemasukan kapal Rusia yang membawa peralatan untuk loji kuasa nuklear.

Unit pertama loji itu, dengan jumlah kapasiti penjanaan 2,400 megawatt, dijangka mula beroperasi pada Julai tahun depan namun, menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman.

Bangladesh menghadapi krisis elektrik terburuk sejak 2013, analisis Reuters terhadap data kerajaan menunjukkan, disebabkan cuaca tidak menentu dan kesukaran membayar import bahan api ketika dilanda kemerosotan rizab forex dan mata wang yang lemah. - REUTERS

Media Baharu