fb fb fb fb fb

Enam tentera maut dalam kebakaran di Afrika Selatan

(Foto Fail)

JOHANNESBURG, 7 Oktober- Enam askar Afrika Selatan maut dalam kebakaran di pusat latihan tentera di timur laut negara itu pada Sabtu.

Tentera Afrika Selatan berkata kebakaran berkenaan memusnahkan salah satu pangkalan latihannya pada petang Jumaat.

"Api dipercayai merebak ke kawasan perkhemahan daripada lombong berhampiran.

"Enam tentera kehilangan nyawa mereka berikutan insiden tersebut.

"Tiga anggota tentera yang melecur dibawa ke hospital untuk menerima rawatan," kata Tentera Afrika Selatan menerusi kenyataan.

Tambahnya, askar-askar di kem sedang bersiap sedia untuk latihan tentera tahunan.

Insiden terbabit turut memusnahkan peralatan dan kenderaan tentera.

Punca kebakaran masih lagi disiasat - AFP


(Foto Orang Awam)

Media Baharu