fb fb fb fb fb

Bangladesh minta bantuan IMF elak krisis kewangan

(Bangladesh kerap mengalami gangguan bekalan elektrrik/AFP)

DHAKA, 26 Julai- Bangladesh meminta bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengatasi risiko krisis kewangan berikutan harga tenaga yang tidak menentu selepas pencerobohan Ukraine oleh Rusia.

Pihak berkuasa sedang bergelut dengan "krisis" kerana kenaikan harga bahan bakar antarabangsa selepas serangan Rusia di Ukraine, kata menteri perancangan muda Shamsul Alam kepada AFP.

"Imbangan pembayaran kita berada dalam zon negatif. Kita perlu menstabilkan kadar pertukaran kita," katanya.

Menurut pakar ekonomi, matawang taka Bangladesh telah merosot sekitar 20% secara berkesan berbanding dolar Amerika dalam tempoh tiga bulan lalu.

Kejatuhan nilai mata wang tempatan itu melemahkan lagi kewangan negara, dengan defisit akaun semasa mencecah AS$17 bilion.

(Ibu pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington, AS/REUTERS)

Negara Asia Selatan itu mengalami gangguan bekalan elektrik berpanjangan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kadangkala sehingga 13 jam sehari.

Syarikat-syarikat utiliti dilaporkan bergelut untuk mendapatkan diesel dan gas yang mencukupi bagi memenuhi permintaan.

Puluhan ribu masjid di seluruh negara turtu diminta untuk mengurangkan penggunaan penyaman udara untuk mengurangkan tekanan pada grid elektrik nasional. -AFP

 

Media Baharu