fb fb fb fb fb

Israel serang ibu pejabat tentera Syria di Damsyik

Kelihatan asap susulan serangan tentera Israel di tengah Damsyik/Foto AFP

BAITULMAQDIS, 16 Julai - Israel telah melancarkan serangan ke atas ibu pejabat tentera Syria di Damsyik.

Tindakan itu kononnya sebagai tindak balas kerana Syria enggan mengundurkan pasukan tentera dari selatan negara itu.

"Tentera Israel telah menyerang pintu masuk ibu pejabat tentera Syria di kawasan Damsyik,” menurut kenyataan rasmi Israel.

Sementara itu, media rasmi Syria melaporkan bahawa dua individu cedera dalam serangan tersebut yang berlaku di tengah ibu kota Damsyik.-AFP

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI