DHAKA, 2 Jun - Kerajaan Bangladesh mengeluarkan arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama sehingga notis selanjutnya, lapor Xinhua.
Perdana Menteri Sheikh Hasina semalam menandatangani arahan berhubung perkara ini, memetik kenyataan Press Wing.
Kerajaan mengguna pakai langkah penjimatan untuk memerangi kesan pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi global.
Pelbagai langkah merasionalkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan oleh Bangladesh pada November tahun lepas termasuk melarang kakitangan awam membuat perjalanan ke luar negara.
Bagaimanapun beberapa sekatan ke atas perbelanjaan dilonggarkan pada Mac lepas. – Bernama.