fb fb fb fb fb

Rusia dakwa Ukraine serang kem hospital

(FOTO FAIL/ REUTERS)

ZAPORIZHZHIA, 2 Jun- Seorang pegawai tentera Rusia hari ini mendakwa tentera Ukraine menyerang sebuah kem hospital di wilayah Zaporizhzhia, namun tidak mengemuka butiran lanjut berhubung kejadian itu.

Menurut pegawai di lapangan, Vladimir Rogov, pihaknya sedang mendapatkan penjelasan berhubung maklumat mengenai mangsa terbabit dan kerosakan.

"Maklumat mengenai mangsa dan kerosakan sedang disahkan," katanya menerusi kenyataan di Telegram.

REUTERS tidak dapat mengesahkan dakwaan berlaku serangan di wilayah berkenaan.

Zaporizhzhia ialah satu daripada empat wilayah di Ukraine, yang didakwa dikuasai oleh Rusia.

Sementara itu, China dilaporkan bersedia untuk mempertimbang satu lagi lawatan ke Eropah untuk rundingan damai, kata seorang utusan khas.

Utusan Khas China untuk Hal Ehwal Eurasia, Li Hui, hari ini berkata, republik itu akan menghantar satu lagi delegasi ke Eropah untuk berbincang mengenai penyelesaikan krisis Ukraine.

Hui dalam sidang media memberitahu, lawatannya ke Eropah bulan lalu ialah lawatan pertama untuk mencari penyelesaian politik kepada krisis, setakat ini tidak membawa apa-apa hasil segera.

"Kami merasakan terdapat jurang besar di antara kedudukan kedua-dua pihak," katanya merujuk Rusia dan Ukraine. - REUTERS


(Utusan Khas China untuk Hal Ehwal Eurasia, Li Hui/ REUTERS)

Media Baharu