fb fb fb fb fb

Bangkai paus terdampar di Pulau Batu Kalasi

Foto REUTERS

INDONESIA, 10 Jun- Bangkai seekor ikan paus ditemukan terdampar di pesisir pantai Pulau Batu Kalasi, Indonesia pada Sabtu lalu.

Bangkai Paus Pilot Sirip Pendek itu dianggarkan sepanjang 16 kaki.

Ikan berkenaan telah mereput dengan sebahagian kulitnya mengelupas ketika ditemukan nelayan.

Ia ditolak ke pantai oleh arus deras dari perairan Sulawesi Selatan.

Penduduk tempatan bercadang untuk membakar bangkai tersebut kerana ia telah mengeluarkan bau busuk.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM