HANOI, 10 Jun- Sekurang-kurangnya tiga orang maut akibat banjir dan tanah runtuh di utara Vietnam.
Menurut stesen radio, Voice of Vietnam (VOV), insiden turut menyebabkan ribuan rumah penduduk telah ditenggelami air.
Penduduk yang terperangkap masih menunggu di atas bumbung rumah mereka kerana paras air masih tinggi dan berbahaya.
Infrastruktur seperti jalan raya turut mengalami kerosakan.
Terdahulu, hujan lebat selama beberapa hari telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di negara tersebut.
Vietnam sering dilanda cuaca buruk pada musim hujan, antara Jun hingga November.
Tahun lalu, banjir dan tanah runtuh di Vietnam turut menyebabkan 169 orang maut dan hilang.
Para saintis telah memberi amaran bahawa cuaca ekstrem di seluruh dunia akan menjadi lebih kerap disebabkan perubahan iklim. - AFP