TIJUANA, 19 Ogos - Bangkai ikan paus bersaiz besar yang terdampar di pantai Tijuana, destinasi pelancongan popular di Mexico, menarik perhatian ramai pengunjung dan penduduk tempatan.
Ikan paus tersebut ditemukan tersadai di pesisir pantai tanpa tanda-tanda kecederaan luaran yang jelas.
Orang ramai mengambil kesempatan bergambar dan merakam video sambil mendekati bangkai mamalia laut itu, walaupun pihak berkuasa memberi amaran agar tidak terlalu dekat.
“Saya tak pernah lihat ikan paus sebesar ini dari dekat. Memang menakjubkan, tapi juga menyedihkan,” kata seorang pelancong, Moisés Smith, kepada media tempatan.
Pihak berkuasa marin Mexico masih menjalankan siasatan untuk menentukan punca kematian haiwan tersebut. Pakar marin percaya faktor seperti penyakit, pencemaran laut atau kekeliruan navigasi mungkin menjadi penyebab kematian.
Sementara itu, kerja-kerja untuk mengalihkan bangkai paus berkenaan dijangka dijalankan dalam masa terdekat bagi mengelakkan pencemaran dan masalah kesihatan awam. - AFP