TACLOBAN, 11 Mei- Seekor bangkai ikan paus yang digelar 'globster' ditemui terdampar di sebuah pantai di Filipina.
Rakaman menunjukkan bangkai yang sudah mereput itu terdampar di bahagian air cetek dan ditolak ombak ke pantai di Pulau Siargao, Filipina, pada 25 April.
Ia pada awalnya ditemui oleh seekor anjing, yang kemudiannya membawa pemiliknya ke lokasi tersebut.
Pegawai Pengawal Pantai kemudian tiba untuk mengendalikannya dan mengenal pasti ia sebagai ikan paus.
Seorang penduduk, John Rey berkata anjing peliharaannya Whitey terus menyalak ke arah bangkai itu sehingga dia terhidu bau busuk ketika mereka menghampirinya.
Dia berkata, "Whitey yang membawa kami ke sana. Baunya sangat busuk. Kami memanggil pegawai kerana kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengannya.
"Ia adalah bangkai paus 'globster' yang besar."-REUTERS