fb fb fb fb fb

Australia rekod musim sejuk kedua paling panas

Seorang pelancong mengambil swafoto di Pantai Bondi, Sydney pada hari musim sejuk / FOTO AFP

SYDNEY, 3 September- Australia merekodkan musim sejuk kedua paling panas, menurut ahli meteorologi.

Biro Meteorologi Nasional melaporkan suhu purata musim sejuk di Australia adalah 1.48 darjah Celsius (2.66 darjah Fahrenheit), hampir dengan rekod yang dicatatkan tahun lalu.

"Kedua-dua suhu siang dan malam lebih daripada 10 darjah Celsius di atas purata Ogos untuk sebahagian besar negara," kata biro cuaca pada Isnin.

Australia Barat turut mencatatkan musim sejuk paling panas sejak tahun 1910.

Pada Ogos, Australia mencatatkan bulan musim sejuk paling panas, dengan sebahagian kawasan pantai barat laut yang berbukit dan terpencil mencapai suhu 41.6 darjah Celsius (74.8 darjah Fahrenheit).

Data rasmi menunjukkan suhu purata di Australia semakin meningkat, dengan perubahan iklim mendorong kepada berlakunya kebakaran belukar, banjir, kemarau dan gelombang haba yang lebih kuat.

Sebahagian penduduk tenggara Australia kini sedang dalam fasa membersihkan kawasan pada Selasa selepas dilanda ribut yang menyebabkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik dan seorang wanita terkorban.

Perdana Menteri negeri Victoria, Jacinta Allan, memberi amaran bahawa gangguan bekalan elektrik mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dipulihkan.-AFP

Bahagian Tasmania juga telah dilanda banjir berikutan hujan lebat selepas beberapa siri fenomen ‘cold front’ melanda tenggara Australia.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE