fb fb fb fb fb

Australia kecam Rusia, mahu tentera Moscow berundur dari sempadan

TRIABUNNA, 22 Februari - Australia mengecam keputusan Rusia untuk mengiktiraf dua wilayah di Ukraine yang dikuasai oleh puak pemisah sebagai entiti bebas, kata Perdana Menteri Scott Morrison pada Selasa.

"Rusia dan tenteranya harus berundur dan berhenti mengancam jirannya.

"Kita melihat tindak-tanduk Rusia yang cuba mengambil kesempatan demi kepentingan mereka sendiri.

"Tindakan Rusia tidak boleh diterima dan tidak wajar," kata Morrison dalam sidang media.

Tambah Morrison, Rusia perlu faham segala tindakan mereka tidak akan memberi keuntungan malah akan merugikan serta menjejaskan reputasi antarabangsa.

FOTO REUTERS


Semalam, Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf kemerdekaan wilayah yang dikuasai puak pemisah di Timur Ukraine iaitu Kumpulan pemisah pro-Rusia yang dipimpin Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Lugansk (LPR).

Pada 15 Februari lalu, Australia berharap semua negara dan pemerintahan di seluruh dunia perlu mengecam konflik yang berlaku di sempadan Rusia-Ukraine.

Manakala, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi amaran bahawa sudah tiba masanya untuk meredakan ketegangan antara Russia dan negara Barat berhubung krisis Ukraine. -Reuters

Media Baharu