FOTO AFP
LONDON, 22 Februari - Bermula Khamis ini, semua sekatan COVID-19 di England akan dimansuhkan, termasuk keperluan kuarantin kendiri bagi pesakit COVID-19.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memaklumkan penarikan semua sekatan COVID-19 ini bakal menjadi kayu pengukur untuk melihat sama ada rakyat England boleh hidup dengan virus maut itu atau sebaliknya.
“COVID-19 tetap ada dan menjadi satu daripada jangkitan paling berbahaya di dunia, namun kita juga sudah sampai ke satu tahap yang menyaksikan kita boleh menyeimbangkan jangkitan dengan kehidupan harian.
“Selepas ini, bergantung kepada anda semua bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan COVID-19 dan anda juga menentukan bagaimana untuk mengelak atau menghindari jangkitan,” katanya.
Beliau juga berkata, akses terhadap bekalan kit ujian kendiri secara percuma juga akan dihentikan mulai 1 April depan.
Langkah itu susulan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk dan petugas barisan hadapan. -AFP