fb fb fb fb fb

Australia catat peningkatan kes COVID-19

CANBERRA, 21 Februari- Australia melaporkan lebih 15,000 kes baharu dan 33 kematian akibat COVID-19 pada semalam, sehari sebelum sempadan negara dibuka kepada pelancong lengkap divaksin.

Australia akan melonggarkan sekatan di sempadan mulai hari ini, dengan membenarkan pelancong antarabangsa memasuki negara itu buat pertama kali sejak Mac 2020.

Lebih 50 penerbangan antarabangsa dijangka mendarat di Australia dalam tempoh 24 jam selepas sempadan dibuka.

Sebelum pandemik melanda, sektor pelancongan dengan 650 ribu pekerja telah menyumbang kira-kira 60 bilion dolar Australia setahun kepada ekonomi negara.

Industri itu terjejas teruk akibat wabak, dan jumlah pengunjung antarabangsa menurun sebanyak 99 peratus.

Pelancong antarabangsa perlu membuktikan mereka telah lengkap vaksinasi COVID-19 atau mempunyai pengecualian perubatan yang sah.

Perdana Menteri Scott Morrison pada Ahad berkata jumlah ketibaan akan meningkat hasil daripada kempen pengiklanan Pelancongan Australia berjumlah A$40 juta AUD (US$28.7 juta). -BERNAMA

Media Baharu