fb fb fb fb fb

Saifuddin saran Menteri Luar Kemboja selesaikan krisis dengan Myanmar




KUANTAN, 21 Februari- Kerajaan Malaysia menyarankan Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn sebagai Pengerusi ASEAN berjumpa wakil Myanmar bagi mencari penyelesaian secara aman di negara itu susulan krisis politik dan kemanusiaan yang dihadapi ketika ini.

Saranan itu dibuat susulan perancangan Prak Sokhonn untuk melawat Myanmar Mac ini untuk bertemu junta Myanmar.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, perkara tersebut telah dibangkitkan ketika menghadiri sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN di ibu kota Kemboja, Phnom Penh, Khamis lalu.

"Saya menyarankan agar Prak Sokhonn untuk bertemu dengan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) yang terdiri daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), Ahli Parlimen yang dipilih, Parti Politik, Kumpulan Perwakilan Negeri Sementara, Masyarakat Sivil dan Bukan-Kumpulan Bantahan ganas, dan Kumpulan Bersenjata,

"Saya turut mencadangkan Prak Sokhonn untuk memberi perhatian kepada hasil resolusi Perhimpunan Rakyat Myanmar yang telah bersidang pada 27-29 januari lalu," jelasnya kepada pemberita di Kuantan, Pahang, pada Ahad.

Jelas beliau lagi, saranan itu dibuat mengikut Konsensus 5 Perkara ASEAN (5PC) mengenai Myanmar iaitu menamatkan keganasan, mengadakan perbincangan yang membina di kalangan semua pihak berkepentingan; ASEAN menyediakan bantuan kepada Myanmar, Duta Khas ASEAN dilantik untuk mengendalikan rundingan, dan utusan dibenarkan melawat negara itu.

Media Baharu