fb fb fb fb fb

Kebakaran di Filipina korbankan lima individu


FOTO AGENSI

MANILA, 21 Februari- Lima maut dan enam lagi cedera dalam dua kebakaran berasingan di Metro Manila pagi tadi, menurut anggota bomba Filipina.

Biro Perlindungan Kebakaran berkata, empat maut dan lima lagi cedera dalam kebakaran berkenaann.

Insiden itu tercetus daripada kebakaran yang berlaku pada jam 9.48 pagi waktu tempatan di daerah padat di Bandar Manila, lapor Xinhua.

Anggota bomba berjaya memadam kebakaran 45 minit kemudian.

Sementara itu, kebakaran di pasar basah Bandaraya Makati sekitar 4 pagi turut mengorbankan seorang wanita berusia 76 tahun. -BERNAMA

Media Baharu