fb fb fb fb fb

Athens bertukar 'jingga' selepas dilanda debu dari Sahara

FOTO REUTERS

ATHENS, 24 April- Debu padang pasir dari Gurun Sahara di Afrika menutupi ibu kota Athens di Greece hingga menjadikan bandar itu bertukar kepada warna 'jingga'.

Kejadian tersebut sempat dirakam saksi, semalam.

Ia menunjukkan pemandangan yang diambil di sekitar parlimen Greece dengan langit di ibu kota itu dipenuhi warna kuning-jingga

Pengarah penyelidikan cuaca di Balai Cerap Athens, Kostas Lagouvardos berkata, kejadian tersebut merupakan salah satu episod awan debu paling serius sejak 2018 yang melanda pulau Crete ketika itu.

Menurut perkhidmatan cuaca negara, ruang langit Greece dijangka akan mula cerah hari ini.

Terdahulu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran situasi jerebu yang boleh mengehadkan jarak penglihatan dan risiko pernafasan. -AFP/Reuters

2404 BD DEBU SAHARA ATHENS 2
FOTO AFP

SITI AISHAH MD ISA