fb fb fb fb fb

Askar Turkiye gigih cari telefon ibu untuk menghubungi anak lelakinya

TURKIYE, 12 Februari - Seorang askar Turkiye berusaha memanjat jengkaut untuk mencari telefon bimbit milik wanita warga emas berusia 75 tahun di rumahnya yang runtuh akibat gempa bumi.

Wanita itu, Mama Busra kini tinggal di khemah sementara iaitu penempatan untuk mangsa gempa dan meminta pekerja di situ untuk mengambil telefon bimbitnya, untuk menghubungi anaknya yang masih tidak dijumpai.

Murathan Adil, askar operasi khas dari Ankara, diangkat ke balkoni tingkat dua rumah wanita itu.

Bateri telefon warga emas itu kehabisan bateri sebelum dia sempat menghubungi anaknya.

(FOTO REUTERS)

Bagaimanapun penduduk di situ yang mengenali anaknya telah memaklumkan bahawa anaknya terselamat dan masih hidup. - REUTERS

Media Baharu