fb fb fb fb fb

15 ditangkap susulan keganasan di luar hotel British

LONDON, 12 Februari- Polis Britain berkata 15 individu, termasuk seorang remaja berusia 13 tahun, ditangkap selepas protes di luar sebuah hotel bertukar menjadi ganas selain menyebabkan kecederaan dan kebakaran sebuah van polis pada Sabtu.

Pesalah melemparkan bunga api yang dinyalakan ke arah anggota polis berikutan protes pada petang Jumaat di Knowsley dekat Liverpool di barat laut England, kata polis.

Majlis Knowsley berkata, protes itu berlaku di luar Hotel Suites, yang menyediakan perlindungan kepada pencari suaka sejak Januari tahun lalu bawah kontrak kerajaan Britain.

Seorang pegawai dan dua orang awam cedera ringan dalam kejadian itu.

"Sebilangan individu yang hadir di Hotel Suites berniat protes yang dirancang untuk melakukan kelakuan ganas dan keji," kata Ketua Polis Merseyside Konstabel Serena Kennedy.

Beberapa individu hadir dengan bersenjatakan tukul dan bunga api untuk "menimbulkan masalah," tambahnya.

(Orang ramai melihat kebakaran di luar hotel di Knowsley berhampiran Liverpool/REUTERS)

Menurut Kennedy, khabar angin dan maklumat yang tidak sahih berkenaan kejadian terhadap seorang remaja perempuan pada 6 Februari di Knowsley tersebar di media sosial pada Jumaat.

“Kita tahu mereka yang terlibat dalam aktiviti keganasan malam tadi, dan menjadikan ini sebagai alasan untuk melakukan keganasan dan menakutkan orang ramai,” katanya berhubung kejadian membabitkan remaja perempuan itu sedang dijalankan.

Memandangkan bilangan pendatang yang menyeberangi Selat Inggeris untuk sampai ke Britain meningkat, kerajaan telah menggunakan hotel di seluruh negara sebagai penginapan sementara.

Perdana Menteri Rishi Sunak mengenakan tindakan membanteras penghijrahan haram sebagai salah satu keutamaan kerajaannya dan sedang merancang perundangan baharu bagi menangani isu itu.

Migran yang tiba menjadi isu politik utama, terutamanya di kawasan pekerja di utara dan tengah England.

Mereka dipersalahkan kerana menyukarkan penduduk tempatan untuk mencari kerja dan memperluaskan perkhidmatan awam.

Polis berkata mereka akan melakukanpengawasan di kawasan itu bagi mengelak kejadian berlarutan.- REUTERS

Media Baharu