fb fb fb fb fb

Penyelidik temui kediaman 'elit' purba di Chichen Itza

MEXICO, 12 Februari- Ahli arkeologi menemui sebahagian struktur daripada kompleks perumahan yang didiami oleh golongan elit pada abad ke-5 Masihi di tapak arkeologi terkenal, Maya Chichen Itza di semenanjung Yucatan Mexico.

Ahli arkeologi Francisco Perez Ruiz berkata kompleks perumahan itu pernah diduduki "kumpulan kediaman pertama pemerintah tinggal bersama seluruh keluarganya."

Kawasan yang dikenali sebagai Chichen Viejo itu dijangka akan disenaraikan sebagai kawasan pelawat tapak arkeologi Chichen Itza, Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kompleks yang baru ditemui termasuk gerbang pintu masuk, Rumah Siput, Rumah Bulan, dan Istana Phallus.

Penyelidik Institut Antropologi dan Sejarah Negara (INAH) berharap kawasan itu dan kawasan yang belum ditemui dapat memberi maklumat tentang kehidupan penduduk yang pernah mendiami bandar itu.

"Mesti ada lebih ramai kumpulan kediaman yang belum diterokai lagi. Kajian kumpulan di sekitar bahagian tengah, boleh memberitahu maklumat tentang penduduk yang membentuk bandar besar ini," kata ahli arkeologi Jose Osorio Leon.

Kawasan itu telah diterokai sejak tahun 1998.

Menurut data rasmi kira-kira dua juta individu melawat tapak Chichen Itza di tenggara Mexico setiap tahun.-REUTERS

(Pemandangan "Casa de La Luna" di tapak arkeologi Chichen Itza, di Piste/REUTERS)

Media Baharu