fb fb fb fb fb

Dokumen benar orang awam bawa senjata berlesen, tersebar

MYANMAR, 12 Februari- Junta Myanmar bersedia untuk membenarkan orang awam yang "setia kepada negara" memohon lesen untuk membawa senjata api, menurut laporan media dan dokumen kerajaan yang tidak disahkan.

Dokumen yang bocor itu, yang dikatakan milik kementerian dalam negeri, telah disemak oleh Reuters dan media lain. Ia menetapkan kriteria bagi mereka yang ingin mendapatkan lesen senjata api.

Pakar bimbang dengan membenarkan orang awam membawa senjata akan memperkasakan kumpulan pro-junta dan hanya meningkatkan keganasan.

Pertempuran berlaku hampir setiap hari antara tentera dan pasukan penentangan bersenjata di seluruh negara itu.

Syarat-syarat yang dinyatakan dalam dokumen itu termasuk berumur 18 tahun dan keperluan untuk menggunakan pistol bagi tujuan keselamatan dan sebagai tambahan kepada keperluan kesetiaan kepada negara.

Reuters tidak dapat mengesahkan dokumen setebal 15 muka surat itu dengan serta-merta kerana panggilan telefon kepada jurucakap tentera untuk mendapatkan komen tidak dijawab.

Dokumen itu memperuntukkan anggota badan anti-pemberontakan yang ditubuhkan secara rasmi dan mereka yang bersara daripada tentera untuk membawa pistol, senapang serta senapang ringan selagi mereka mempunyai permit sedemikian.

Kumpulan pemantau konflik yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Acled berkata, kira-kira 19,000 orang mati tahun lalu kerana tindakan keras tentera terhadap protes menentang junta.

Kira-kira 1.2 juta orang telah kehilangan tempat tinggal dan lebih 70,000 telah meninggalkan negara itu.- REUTERS

(Tentera Myanmar pada Hari Angkatan Tentera ke-72 di Naypyidaw, 27 Mac 2017/AFP)

Media Baharu