fb fb fb fb fb

Jumlah mangsa terselamat gempa, semakin berkurangan

TURKIYE, 12 Februari- Presiden Tayyip Erdogan berjanji untuk memulakan pembinaan semula dalam masa beberapa minggu.

Ratusan ribu bangunan telah musnah akibat gempa bumi yang melanda Turki dan Syria pada Isnin selain mencatatkan lebih 28,000 kematian.

Ramai penduduk di barat laut Syria kehilangan tempat tinggal buat kali kedua selepas mereka kehilangan tempat tinggal akibat lebih sedekad perang saudara.

Walaupun wilayah itu menerima sedikit bantuan berbanding kawasan yang dikuasai kerajaan.

Kesatuan Eropah menggesa Damsyik supaya tidak mempolitikkan isu bantuan kemanusiaan dan menolak tuduhan bahawa blok itu gagal memberikan bantuan yang mencukupi kepada rakyat Syria selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud dan gegaran susulan pada Isnin.

"Tidak adil dituduh tidak memberikan bantuan, sedangkan kami sebenarnya sentiasa melakukan perkara itu lebih sedekad walaupun semasa krisis gempa bumi," kata Dan Stoenescu kepada Reuters.

Di Hatay, pasukan penyelamat Romania berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 35 tahun bernama Mustafa daripada timbunan serpihan sebuah bangunan kira-kira 149 jam selepas gempa, kata penyiar CNN Turk.

"Kesihatannya baik, dia boleh bercakap," kata salah seorang penyelamat. Dia berkata,"bawa saya keluar segera, saya mengalami claustrophobia."- REUTERS

(Seorang lelaki menangis di sebelah penyelamat selepas gempa bumi di Hatay/AFP)

Media Baharu