GAZA, 5 Oktober - Asap kelihatan menjulang di udara Gaza pada pagi Ahad apabila pesawat dan kereta kebal Israel membedil beberapa kawasan di sepanjang Gaza, sekali gus merosakkan beberapa bangunan kediaman, menurut saksi.
Serangan terkini itu berlaku ketika rakyat Palestin berharap pelan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang akan segera mengurangkan penderitaan mereka.
Presiden AS, Donald Trump, yang sebelum ini menyeru agar serangan dihentikan, berkata pada Sabtu melalui platform Truth Social bahawa Israel bersetuju dengan “garis pengunduran awal” di dalam Gaza dan apabila Hamas mengesahkan persetujuan, gencatan senjata akan berkuat kuasa serta-merta.
Israel terus menambah atau memperhebatkan serangan ketenteraannya semasa Mesir bersedia menjadi tuan rumah untuk mengadakan pertemuan rasmi antara wakil Hamas, Israel, AS, dan Qatar.
Tujuan pertemuan itu ialah memulakan rundingan untuk melaksanakan usaha paling strategik bagi menghentikan konflik Israel-Hamas. -REUTERS