fb fb fb fb fb

AS tuntut hukuman mati bagi kes bunuh di Washington

Foto Hiasan / Reuters

WASHINGTON, 27 Ogos – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan kerajaan Persekutuan akan menuntut hukuman mati bagi kes pembunuhan di Washington, D.C., meskipun wilayah itu mengharamkan hukuman tersebut bagi jenayah tempatan.

Trump menegaskan langkah itu penting sebagai pencegahan keras terhadap jenayah ganas di ibu negara. “Jika seseorang membunuh di Washington, D.C., kita akan menuntut hukuman mati. Kita tiada pilihan lain,” katanya pada mesyuarat kabinet di White House.

Pengumuman tersebut dilihat memperkukuh imej Trump sebagai Presiden berorientasikan undang-undang dan ketenteraman, selain menzahirkan kuasa terhadap pentadbiran Washington yang majoriti penduduknya cenderung kepada Parti Demokrat.

Pejabat Peguam Negara AS di Washington mendakwa kes tempatan dan persekutuan, manakala arahan baharu ini dijangka meningkatkan jumlah defendan berdepan hukuman mati. Pada Februari lalu, Peguam Negara Pam Bondi turut menarik balik penangguhan hukuman mati era Presiden Joe Biden. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN