(Joe Biden ketika mengadakan mesyuarat bersama dengan penasihat tertinggi tentera AS/REUTERS)
WASHINGTON, 27 Oktober- Amerika Syarikat tidak pernah berhasrat untuk berkonflik dengan China.
Demikian menurut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
Tegas Biden, pemimpin tertinggi tanah besar tersebut, Presiden Xi Jinping juga maklum mengenainya.
Bagaimanapun, New York akan tetap menjadi peneraju dalam mencari penyelesaian bagi beberapa isu seperti krisis Rusia-Ukraine, perubahan iklim dan keselamatan rantau Indo-Pasifik.
(Joe Biden/Foto REUTERS)
Pada masa sama, Biden menyatakan, pihaknya akan terus menjadi pesaing sengit terhadap Beijing.
Termasuk memperkukuh keupayaan dan kekuatan ketenteraan.
"Kami juga perlu bertanggungjawab menguruskan persaingan yang semakin sengit dengan China.
"Kami perlu mengekalkan kelebihan ketenteraan kami dengan menjelaskan bahawa kami tidak mencari konflik," katanya.-REUTERS