fb fb fb fb fb

Emmanuel Macron komited selesai isu inflasi dan mogok

PARIS, 27 Oktober - Presiden Perancis Emmanuel Macron berikrar "tidak akan membiarkan Perancis tanpa penyelesaian" dalam menghadapi situasi inflasi dan mogok yang tinggi, lapor Xinhua.

"Kami akan mengharunginya bersama-sama," kata Macron dalam wawancara bertajuk "The French Emergencies," yang disiarkan di televisyen nasional France 2.

Beliau berkata negara menjangkakan akan mengalamai kenaikan harga elektrik dan gas pada paras
15 peratus awal tahun hadapan.

Namun, kerajaan akan meneruskan kadar tarif tenaga dan akan membantu pelajar, isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana serta perniagaan.

Strategi kerajaan adalah untuk "menstabilkan perbelanjaan awam, membayar hutang, mengekalkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan menurunkan cukai," kata Macron.

Beliau berjanji untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Presiden menyeru adakan "dialog sosial" bagi mencegah dan menamatkan mogok.

(Emmanuel Macron/FOTO AFP)

Macron juga mempertahankan reformasi pencen untuk menaikkan tempoh umur persaraan kepada 65. Jika tidak, caruman pencen perlu dinaikkan atau pencen persaraan warga emas akan dikurangkan, tambahnya.

"Mulai 2023, kami perlu menukar umur persaraan yang sah sebanyak empat bulan dalam setahun," kata presiden Perancis itu.

Macron mengakui, berbanding China, Perancis agak kelewatan dalam memulakan pengeluaran kereta elektrik dan bateri, bagaimanapun menyasarkan untuk mempunyai 2 juta kereta elektrik dan 2 juta bateri yang dibuat di Perancis menjelang 2027.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan terus memberi subsidi kepada isi rumah dalam pembelian kereta elektrik. - BERNAMA


Media Baharu