fb fb fb fb fb

AS suara kebimbangan terhadap keganasan di masjid Al-Aqsa


WASHINGTON, 16 April - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan berhubung keganasan di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur serta menggesa semua pihak untuk berdamai, lapor Agensi Anadolu.

"Kami menyeru semua pihak mengelakkan sebarang tindakan provokatif dan retorik, serta mengekalkan status quo bersejarah di Haram al-Sharif.

“Kami menggesa tentera Israel dan pegawai Palestin bekerjasama meredakan ketegangan demi memastikan keselamatan semua pihak,” kata jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price dalam satu kenyataan.

Price berkata agensi itu memantau rapat perkembangan semasa dan akan berhubung dengan pegawai tertinggi Israel dan Palestin untuk mencari jalan penyelesaian.


(Polis Israel melepaskan gas pemedih mata semasa pertempuran terhadap umat Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat/FOTO AFP)

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak awal April susulan serbuan berulang kali Israel untuk menahan warga Palestin yang "dikehendaki".

Pertempuran meletus antara tentera Israel dan penduduk Palestin selepas solat subuh di perkarangan masjid Al-Aqsa sehingga mengakibatkan 153 rakyat Palestin cedera.

Sementara itu, Lembaga Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin memaklumkan tentera Israel menahan 400 warga Palestin dalam serbuan itu. - BERNAMA

Media Baharu