fb fb fb fb fb

Angka kematian akibat ribut Megi di Filipina meningkat 167, 110 masih hilang

MANILA, 16 April - Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di Filipina yang dicetuskan ribut tropika Megi meningkat kepada 167, manakala 110 lagi masih hilang, menurut Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan pada Sabtu.

Hujan lebat melanda wilayah tengah dan selatan Filipina, mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di beberapa perkampungan di bandar Baybay dan bandar Abuyog di wilayah Leyte, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada Jumaat, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melawat wilayah yang terjejas dan menyerahkan bantuan kepada mangsa terselamat.


(Foto fail/fotoBERNAMA)

Filipina adalah antara negara paling terdedah kepada bencana alam di dunia, terutamanya kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik dan Taufan Pasifik.

Secara purata, negara itu mengalami 20 ribut taufan setiap tahun.

Megi adalah ribut pertama melanda negara Asia Tenggara itu pada tahun ini.

Media Baharu