fb fb fb fb fb

AS sambung semula penghantaran bantuan ke Gaza dari jeti sementara

FOTO AFP

WASHINGTON, 9 Jun- Amerika Syarikat telah menyambung semula penghantaran bantuan ke Gaza dari jeti sementara, kata tentera negara itu Sabtu.

Ia, selepas struktur itu mengalami kerosakan ribut dan menjalani pembaikan di pelabuhan berdekatan.

"Hari ini kira-kira jam 10:30 pagi (waktu Gaza) Komando Pusat AS (USCENTCOM) memulakan penghantaran bantuan kemanusiaan ke darat di Gaza.

"Sejumlah kira-kira 492 tan metrik bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan telah dihantar kepada penduduk Gaza," kata CENTCOM di platform media sosial X.

Gaza telah dimusnahkan oleh operasi Israel yang kononnya hanya menyerang Hamas, kini memasuki bulan kesembilan, mengakibatkan puluhan ribu rakyat tidak berdosa terbunuh, kemusnahan awam dan terputus bekalan asas terutama makanan.

Lebih dua juta paun bantuan kemanusiaan dihantar melalui jeti itu bulan lalu, tetapi ia mengalami kerosakan akibat ombak laut lepas kira-kira seminggu selepas penghantaran bermula.

Jeti itu bagaimanapun telah dibaiki sebelum dibawa pulang ke pantai Gaza dan dibina semula pada Jumaat.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE