fb fb fb fb fb

AS rakam penghargaan kepada Malaysia bawa warganya keluar dari Sudan

(Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir/Wisma Putra)

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Amerika Syarikat menghargai usaha pasukan Malaysia di Sudan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata penghargaan itu disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken melalui panggilan telefon hari ini.

Anthony Blinken secara khusus telah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas bantuan membawa keluar dua orang warga Amerika Syarikat semasa proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan.


(Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken/BERNAMA)

"Usaha yang dilakukan membuktikan Malaysia sentiasa memberi bantuan tanpa mengira warganegara dan sanggup berhadapan dengan risiko yang tinggi", katanya dalam satu kenyataan.

Melalui panggilan telefon itu juga, Datuk Seri Zambry dan Anthony Blinken berkongsi pandangan mengenai kerjasama dua hala seperti peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan, pertukaran lawatan, ekonomi digital, dan perubahan iklim.

Selain itu, isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama turut dibincangkan.

"Kedua-dua pihak sepakat untuk terus melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkukuhkan Perkongsian Komprehensif Malaysia-Amerika Syarikat", katanya.

Media Baharu