fb fb fb fb fb

Cadangan tubuh AMF, kurangkan kebergantungan kepada Dolar AS

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF) mampu mengurangkan kebergantungan negara kepada Dolar Amerika Syarikat secara berperingkat.

Justeru, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak semula AMF dilihat bernas dan tepat pada masanya.


(Penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai)

Penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, cadangan tersebut bakal menjadi fokus kepada perkembangan ekonomi asia dan dunia menjelang beberapa abad akan datang.

Usaha itu juga mampu membiayai ketidakseimbangan pembangunan di beberapa negara asia khususnya negara yang jauh ketinggalan seperti Kemboja, Laos dan Myanmar.

"Malaysia misalnya, lebih daripada 80 peratus urus niaga perdagangan antarabangsa urus niaga kita dengan negara-negara asia. Jadi kenapa perlu guna Dolar Amerika Syarikat. Urus niaga Amerika Syarikat dan Malaysia kira-kira 10 peratus import dan tujuh peratus eksport. Kita boleh menghadkan penggunaan mata wang Dolar AS", katanya kepada RTM.

Rundingan secara teliti juga perlu dilaksanakan untuk mengambil kira kepentingan setiap negara Asia bagi meraih manfaat ekonomi secara bersama melalui penubuhan AMF.

Media Baharu