fb fb fb fb fb

400 anak Orang Asli disasar masuk universiti

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Orang Asli mempunyai potensi
besar mencapai kecemerlangan)

LIPIS, 1 Mei- Sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli di seluruh negara disasarkan memasuki universiti awam dan swasta, tahun ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Orang Asli mempunyai potensi besar mencapai kecemerlangan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata keberadaan mereka juga tidak boleh diremehkan.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menerapkan pelbagai program termasuk program pendidikan untuk anak-anak Orang Asli.

"Insya-Allah saya akan berbincang dengan Datuk Seri KSU anak -anak Orang Asli memasuki universiti KKDW menerusi JAKOA akan diberikan saguhati RM1,000 setiap seorang yang masuk universiti," kata Ahmad Zahid ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Laman Sejahtera Jelai,Sungai Koyan, di sini.

Majlis dihadiri kira-kira 10,000 penduduk tempatan.

Tambahnya, bantuan fasiliti seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur kepada masyarakat Orang Asli akan diteruskan selain bantuan membina rumah baharu dan menaik taraf rumah sedia ada.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata 400 anak Orang Asli disasar masuk universiti)

Media Baharu