fb fb fb fb fb

AS luluskan vaksin Pfizer dan Moderna untuk anak kecil

(FOTO AFP)

WASHNGTON, 18 Jun- Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syariat memberi kebenaran kecemasan kepada penggunaan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan Moderna bagi anak-anak kecil, kumpulan umur terakhir yang menunggu imunisasi di kebanyakan negara.

Agensi itu, yang kelulusannya dianggap standard emas global, membenarkan vaksin dua dos Moderna untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun, dan tiga dos suntikan Pfizer untuk mereka yang berumur enam bulan hingga empat tahun.

"Hari ini adalah hari yang sangat melegakan bagi ibu bapa dan keluarga di seluruh Amerika," kata Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pemberian vaksin kepada anak-anak kecil akan membantu "negara kita terus bergerak ke hadapan dengan selamat."

Pesuruhjaya FDA, Rober Califf turut memuji keputusan itu, dengan mengatakan "vaksin untuk kanak-kanak yang lebih kecil akan memberi perlindungan daripada jangkitan teruk COVID-19, seperti kemasukan ke hospital dan kematian."

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) kini mesti mengesyorkan penggunaan vaksin itu sebelum ia boleh digunakan di AS.

(Mackenzie Bubel, 8, menerima vaksin penggalak  COVID-19 Pfizer-BioNTech di Farmasi Skippack di Schwenksville, Pennsylvania, A.S,2 Jun 2022/REUTERS)

Pentadbiran Biden bagaimanapun telah menyatakan bahawa sebaik sahaja keputusan FDA dibuat, 10 juta dos boleh segera dihantar ke seluruh negara, diikuti berjuta-juta dos lagi dalam minggu-minggu berikutnya

Pfizer berkata ia merancang untuk mengemukakan permohonan untuk kebenaran kepada pengawal selia lain di seluruh dunia, termasuk Agensi Ubat Eropah pada awal Julai. -AFP

Media Baharu