fb fb fb fb fb

AS lapor dua kes cacar monyet, pertama kali dalam kalangan kanak-kanak

(Satu bahagian tisu kulit,daripada luka pada kulit monyet, yang telah dijangkiti
virus monkeypox, dilihat pada mikroskop pada hari keempat perkembangan ruam pada
tahun 1968/REUTERS)

NEW YORK, 23 Julai- Amerika Syarikat (AS) mengesan jangkitan cacar monyet dalam kalangan kanak-kanak membabitkan seorang budak di California dan seorang bayi yang bukan warganegara.

Perkara itu disahkan pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.

Dua kes tersebut tidak berhubung kait dan berkemungkinan disebabkan penularan dalam kalangan keluarga, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dalam kenyataannya.

Agensi tersebut turut menyatakan bahawa kanak-kanak itu dalam keadaan yang baik dan sedang menerima rawatan.

Cacar monyet, iaitu penyakit virus yang menyebabkan gejala seakan-akan demam selsema dan luka pada kulit, merebak dengan pantas di luar negara Afrika barat dan tengah di mana ia merupakan endemik.

Penyakit itu dilaporkan menular menerusi kontak rapat.

Setakat ini, terdapat lebih 14,000 kes cacar monyet yang dilaporkan di lebih 60 negara, dengan lima kematian di Afrika.


(FOTO HIASAN/REUTERS)

Bercakap dalam satu persidangan, Timbalan Pengarah Jabatan CDC bagi Patogen dan Patologi Kesan Tinggi Dr Jennifer McQuiston berkata, ia bukan sesuatu yang mengejutkan bahawa kes pediatrik cacar monyet sudah muncul.

Penyelaras Penularan Wabak di White House, Dr Ashish Jha pula berkata, pemerintah sudah mendapatkan 300,000 dos vaksin cacar monyet dan sedang berusaha untuk mempercepat penghantaran dari Denmark bagi tambahan 786,000 dos. )

Beliau berkata, vaksin yang ada mencukupi untuk memberikan suntikan dos pertama kepada lebih 50 peratus penduduk yang layak di New York dan lebih 70 peratus di Washington DC.

Tambah Dr Jha, AS masih menilai sama ada penularan cacar monyet ini harus diisytiharkan sebagai darurat kecemasan awam.

"Kami sedang meneliti perkara itu, meneliti cara-cara pertingkatkan jangkitan, jika boleh, dengan mengisytiharkan darurat kecemasan awam."

Media Baharu