fb fb fb fb fb

AS hantar tentera dan antipeluru berpandu ke Israel

Foto REUTERS

WASHINGTON, 14 Oktober-Amerika Syarikat (AS) terus mempamerkan wajah hipokritnya selepas dilporkan bakal menghantar tentera kepada Israel selain sistem antipeluru berpandu yang terkini kepada Israel.

Langkah itu dibuat bagi memperkukuhkan pertahanan udara Israel susulan serangan peluru berpandu oleh Iran baru-baru ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS), langkah itu juga bermakna untuk melindungi Israel yang kini mencuba untuk melakukan serangan balas terhadap Iran selepas diserang dengan 180 peluru berpandu awal bulan ini.

Jurucakap Pentagon, Jeneral Patrick Ryder, menjelaskan bahawa penghantaran tentera AS ke Israel adalah sebahagian daripada "penyesuaian yang lebih luas yang telah dilakukan oleh tentera AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk menyokong Israel dan melindungi kakitangan AS daripada serangan oleh Iran dan kumpulan yang disokong Iran.

Namun, penempatan tentera AS ke Israel adalah jarang berlaku di luar latihan, memandangkan kemampuan tentera Israel sendiri.

Dalam beberapa bulan lalu, tentera AS telah membantu pertahanan Israel dari kapal perang dan jet pejuang di Asia Barat ketika negara itu berhadapan dengan serangan Iran, tetapi mereka ditempatkan di luar Israel.

Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, memberi amaran pada hari Ahad bahawa AS meletakkan nyawa tenteranya "dalam risiko dengan mengerahkan mereka untuk mengendalikan sistem peluru berpandu AS di Israel.

"Walaupun kami telah berusaha keras dalam beberapa hari ini untuk mengelakkan perang besar di rantau kami, saya katakan dengan jelas bahawa kami tidak mempunyai garis merah dalam mempertahankan rakyat dan kepentingan kami", kata Araqchi.

Keadaan di Asia Barat terus meruncing, dengan kebimbangan terhadap kemungkinan perang yang semakin meningkat.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD